Mengenai Roadtax Digital: Ini Apa yang Anda Kena Tahu

321.8kView

Mengenai roadtax digital

Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM)) melalui portal awam JPJ atau memuat turun aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan roadtax digital.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan persendirian tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Ia hanya salah satu pilihan bagi mendapatkan salinan digital bagi roadtax dan lesen memandu anda.

Meskipun anda tidak memuat turun aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu bimbang dan tidak akan dikenakan saman kerana pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ boleh sahaja mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka.Walaupun roadtax digital telah diperkenalkan, ingat, anda sebagai pemilik kenderaan persendirian tetap perlu memperbaharui roadtax anda pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh.

Sticker sahaja tidak perlu ditampal.Anda tidak ada smart phone? Kawasan anda sukar dapat jaringan internet? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkan sticker roadtax dan lesen memandu fizikal anda sekiranya dirasakan perlu. Dan ingat, pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ juga boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka. Jadi jangan bimbang ya.

Kategori yang masih wajib pamerkan lesen memandu & roadtax fizikal

i) Lesen Memandu

  • Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
  • Pemilik Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
  • Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
  • Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)

ii) Roadtax

  • LKM Persendirian Syarikat
  • Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
  • Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam

ROADTAX ANDA TELAH TAMAT TEMPOH??KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBAHARUI CUKAI JALAN

3047 Share
GDPR Cookie Consent with Real Cookie Banner