SOALAN SOALAN LAZIM

Ini adalah senarai pendek dari soalan-soalan kami yang paling kerap ditanya oleh calon. 

  • Lesen Motorsikal/Superbike – 16 tahun dan ke atas.
  • Lesen Kereta – 17 tahun dan ke atas.
  • Lesen Vokasional – 21 tahun dan ke atas.

Perbezaan jika anda memiliki kereta automatik (DA), anda hanya dibenarkan memandu kereta transmisi Automatik di jalan raya. Lesen memandu anda tidak boleh ditingkatkan menjadi lesen kenderaan berat (lori, bas & lain-lain). Untuk lesen kereta Manual (D), anda boleh memandu untuk kedua-dua kereta transmisi Automatik & Manual. Lesen memandu anda boleh ditingkatkan menjadi lesen kenderaan berat (lesen vokasional)

Ya, anda perlu memulakan semula dari kursus Teori KPP01 dan Ujian Komputer. Ini adalah prosedur baru yang diperkenalkan oleh JPJ, yang menyatakan bahawa lesen Kereta dan Lesen Motosikal perlu dilakukan secara berasingan.

Ya boleh. Sekiranya anda sudah mempunyai Lesen Motosikal (B2), anda boleh naik taraf ke Lesen Superbike (B-Full). Anda boleh pergi ke JPJ dan mohon lesen ‘L’ Bfull. Setelah anda mempunyai lesen ‘L’, anda boleh mendaftar dengan kami untuk mendapatkan harga diskaun.

Kelas boleh dimulakan sebaik sahaja anda booking tempat dan tarikh yang telah disahkan oleh pengawai khidmat pelanggan kami. Sila pastikan dokumen semua lengkap untuk mengelakkan kesulitan.

Ya, anda boleh mendaftar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan atau kesulitan pada musim puncak (terma & syarat). Pengurus wakil kami akan menghubungi anda kembali untuk maklumat lebih lanjut.

Tempoh Kursus 3 hingga 4 Bulan. Bergantung pada kekosongan jadual guru memandu.

  • 2x fotokopi pengenalan diri anda (nric, i / d, passport)
  • 2x fotokopi lesen anda (Sekiranya ada)
  • Pendaftaran pembayaran
  • 2x gambar ukuran passport/lesen dengan latar belakang putih
  • Ikuti garis panduan kod pakaian
  1. Kehadiran ke kelas KPP-01 adalah wajib. Kehadiran akan diambil melalui kaedah thumbprint. Jika anda tidak thumprint, kehadiran anda tidak dikira dan anda perlu mengulangi kelas tersebut.
  2. Tidak boleh wakilkan orang lain menggantikan tempat anda untuk menghadiri kelas KPP-01

Perhatian Kepada Mereka Yang Ada Masalah Di Bawah:-

✔ Masalah pembelajaran
✔ Gagal ujian komputer lebih dari 3 kali
✔ Gagal ujian lisan
✔ Pemegang kad OKU(masalah pembelajaran)
✔ Buta huruf dan tak boleh membaca

1. Pergi pejabat JPJ ambil borang ‘Permohonan Uijan Undang-Undang Jalan Raya (bahagian 1) Lisan bagi Calon Buta Huruf.

2. Hadiri Kursus (KPP-01) selama 6 jam.

3. Bawa dokumen yang diperlukan ke JPJ untuk tempahan Ujian Lisan bagi Undang-Undang Jalan Raya.

Umur tiada penghalang asalkan anda 16 tahun dan ke atas. Sihat dari segi tubuh badan dan masih boleh membaca.

Tiada masalah. Tetapi jika kandungan anda sudah melebihi 7 bulan, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor di tempat anda checkup bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

HUBUNGI KAMI

Sebarang Pertanyaan Lanjut /Cadangan Sila Kemukakan Kepada Kami

Alamat

Jalan Raja Sakti, Kampung Kedai Lalat, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Email:

akademinasrom@yahoo.com.my

Phone:

09-766 8888

Scroll to Top