79.8kView

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan orang ramai kini boleh memperbaharui lesen memandu masing-masing untuk tempoh had maksima sehingga 10 tahun, berbanding kepada masa ini yang dihadkan kepada 5 tahun.

Mana-mana pemegang lesen memandu, yang memperbaharui lesen dalam tempoh 10 tahun. Sekali gus akan dikenakan bayaran untuk tempoh 9 tahun sahaja dengan diskaun 10%.

Bayaran fi untuk lesen memandu ialah RM30 setahun. Jika membayar untuk 10 tahun sekali gus, bayaran yang akan dikenakan ialah RM270 dengan penjimatan RM30.

Bagi yang berminat, hendaklah memastikan bagi tempoh sah laku Lesen Memandu Malaysia semasa adalah tidak melebihi tempoh 1 tahun.

Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad Mykas yang mana terikat dengan tempoh sah laku passport individu terbabit.

 

Sumber AstroAwani

 

5135 Share
GDPR Cookie Consent with Real Cookie Banner