Jangan benarkan warga asing pinjam kenderaan – JPJ

99.3kView

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengenakan tindakan lebih tegas kepada rakyat tempatan yang membenarkan warga asing termasuk etnik Rohingya tiada lesen memandu menggunakan kenderaan milik mereka.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata jika sebelum ini pemilik asal hanya dikenakan kompaun tetapi pihaknya sedang berusaha membawa kes berkaitan ke mahkamah sebagai pengajaran.

Beliau berkata, kebelakangan ini semakin ramai warga asing terutama etnik Rogingya yang dikesan memandu kereta atau menunggang motosikal yang dipinjam daripada pemilik yang juga warga tempatan termasuk dipinjamkan oleh majikan masing-masing.

“Kes sebegini sangat serius malah kebelakangan ini semakin meningkat dan berleluasa terutama membabitkan pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Mohd Misuari berkata, berbanding warga asing lain yang hanya menunggang motosikal atau basikal sahaja, etnik Rohingya dilihat lebih berani apabila memandu kereta dan berkemungkinan besar ia disebabkan kad UNCHR yang dimiliki dianggap kebal.

Katanya lagi, operasi sentiasa dijalankan pihaknya dari semasa ke semasa dan bukan sekadar menumpukan sekatan jalan raya tetapi juga membuat rondaan bermotosikal bagi mengesan penggunaan kenderaan oleh warga asing di jalan raya.

“Biasanya kita akan sita terus kenderaan itu kerana kita tidak mahu beri muka kepada warga asing yang mungkin memandu kenderaan itu secara berbahaya sekali gus risiko kepada pengguna lain.

“Pemegang kad UNCHR menganggap mereka memiliki ‘lesen besar’ dan kebanyakan yang ditahan adalah memandu kereta dan menunggang motosikal roda tiga berbanding warga Bangladesh yang lebih suka berbasikal.

“Kita bukan anti warga asing, tapi minta semua pihak supaya ikut peraturan kerana ada juga yang kami kesan memandu kereta yang sudah boleh dilupuskan,” katanya.

Kredit : Berita Harian

BAGI YANG TIADA LESEN,BOLEH MENDAFTAR DENGAN KAMI

7554 Share
Scroll to Top