31.1kView
3433
Share
Tips Pemanduan Berhemah
- Pandang jauh kehadapan
- Mengetahui apa yang menanti anda di hujung jalan bukanlah sekadar satu falsafah, ianya adalah tips yang penting untuk memandu dengan berhemah.
- Pemanduan yang laju secara umumnya adalah sesuatu yang pada asalnya di luar kemampuan manusia tetapi manusia berjaya mengadaptasi gaya pemanduan tersebut. Tanpa anda sedari, mungkin anda telah terlalu laju. Bagi kebanyakkan pemandu, mereka hanya melihat kereta di hadapan mereka sahaja.
- Seberapa jauhkah anda perlu melihat? Anda perlu melihat sejauh yang boleh semasa pemanduan anda. Mengetahui apa yang ada di hadapan anda akan mempersediakan anda kepada perkara yang paling buruk dan mampu membuatkan anda mengambil langkah pencegahan yang berkesan terhadap perkara di luar jangkaan terutamanya pada kelajuan yang tinggi.
- Buang segala gangguan
- Masihkah anda ingat bahawa kereta pada mulanya tidak mempunyai radio, sistem komputer dan panel GPS? Semuanya adalah aksesori yang tidak wujud pada awal pembikinan kereta. Berbeza pada zaman sekarang, pemandu mempunyai akses hiburan dan kemudahan yang pelbagai untuk menghilangkan rasa bosan memandu. Bahkan sambil memandu masih ada yang mampu makan dan yang paling bahaya ialah sambil menggunakan telefon.
- Perhatian yang terganggu semasa memandu ialah yang paling bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya. Menggunakan telefon, mendengar lagu atau makan kuih sekalipun adalah contoh kepada gangguan perhatian.
- Walaupun sekadar mengintai mesej telefon sekadar 5 saat, pada kelajuan 90km/jam jaraknya sama seperti anda memandu sepanjang padang bola tanpa melihat jalan.
- Memandu sentiasa memerlukan perhatian penuh. Anda bukan sahaja perlu melihat jalan, tetapi juga perlu menjadi peka terhadap potensi bahaya disekeliling anda.
- Mempunyai pelan keselamatan
- Semasa memandu, anda perlu memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang boleh dilihat dengan jelas oleh pemandu lain. Anda juga perlu memberi isyarat kepada pemandu lain sebelum anda bertukar lorong atau membelok agar pemandu lain boleh menjangkakan arah tuju pemanduan anda. Anda juga perlu mengelakkan berada pada titik buta (blind spot) kenderaan lain.
- Pastikan anda menghidupkan lampu apabila menjelang senja, di dalam terowong ataupun ketika hujan. Amalkan ia sebaik anda berada dalam kawasan yang sumber cahayanya terhad. Ini dapat mengelakkan pemandu lain dari bertembung dengan anda.
- Penting untuk anda mengetahui dengan pantas adakah lorong sebelah anda sesuai untuk anda lencongkan jika kenderaan di depan anda tiba-tiba berhenti atau menghadapi masalah. Adakah rapat ke bahu jalan merupakan pilihan yang sesuai? Jika tidak, perlukah anda jarakkan kenderaan apabila melihat potensi bahaya di hadapan? Persoalan dan pertimbangan sebegini bukan untuk membuatkan anda kusut dan gila, tetapi ianya untuk membuatkan anda lebih selamat. Dan apabila anda sentiasa mengamalkannya, ianya akan semulajadi menjadi gaya pemanduan anda.
- Kekalkan jarak selamat
- Kebarangkalian yang amat tinggi untuk anda kemalangan ialah merempuh kenderaan di depan anda. Mengekalkan jarak selamat adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan dalam pemanduan berhemah. Ianya juga sebenarnya adalah peraturan yang kerap diabaikan pemandu.
- Walaupun anda mematuhi semua tips pemanduan berhemah yang lain, anda masih belum berhemah selagi anda tidak mematuhi tips ini. Mengekalkan jarak selamat antara kenderaan akan sentiasa memberikan anda masa yang secukupnya untuk bertindak balas.
- Anda semestinya telah mempelajari peraturan jarak 2 saat ketika menghadiri kelas memandu. Jika anda sudah lupa, anda perlu mencari objek pegun di jalan seperti papan tanda, jambatan atau pokok. Sebaik sahaja bahagian belakang kenderaan di hadapan anda melepasi objek tersebut, mulai kira “1001… 1002…” sebelum anda pula tiba di sebelah objek tersebut. Jika kiraan anda tidak cukup 2 saat sebelum tiba, maka perlahankan kenderaan anda dan luaskan jarak kenderaan anda sehingga pada kadar selamat.
- Peraturan ini hanya terpakai pada cuaca kering, cerah dan pencahayaan yang mencukupi. Apabila memandu pada cuaca yang tidak menentu, permukaan jalan licin atau sebelah malam, pastikan jarak anda lebih dari 12 saat atau 100 meter.
- Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
- Sambil memandu, pastikan kepala dan mata anda sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling melalui cermin dan seperti yang tertulis pada tips nombor 1.
- Mata anda perlu sentiasa sensitif. Jika anda dapati ada pemandu yang agresif atau cuai, tingkatkan jarak, beri laluan atau berhenti perlahan-lahan ke tepi.