34.1kView
4202
Share
- Di waktu terdapat tanda-tanda enjin mulai panas, matikan penghawa dingin kereta anda dan buka tingkap. Ianya mampu mengurangkan beban operasi pada enjin dan membantu ianya kembali sejuk.
- Jika anda sedang berhenti, tukar ke gear Neutral atau Parking dan tekan minyak sedikit untuk membolehkan air dalam enjin kembali mengepam ke sistem enjin dan melajukan kipas enjn. Aliran air dan angin ke bahagian radiator akan menyingkirkan kitaran haba dalam enjin.
- Cuba elakkan tekan brek terlalu kerap atau brek melampau. Pandu perlahan pada pergerakan yang tidak memerlukan anda brek terutama ketika anda terperangkap dalam trafik. Pastikan jarak anda dalam keadaan selamat antara kenderaan di hadapan anda. Aktiviti brek yang kerap akan membebankan operasi enjin dan menyebabkannya mudah untuk panas. Mara hanya jika jarak antara kereta anda dan kenderaan di hadapan mulai cukup luas.
- Sekiranya anda fikir enjin kereta anda berpotensi untuk panas, pandu dengan berhati-hati ke arah bahu kiri jalan, matikan enjin, buka hood enjin dan tunggu sehingga enjin anda kembali sejuk. Ingat, jangan sesekali tanggalkan penutup radiator dalam keadaan panas. Dan jika air dalam enjin anda menggelegak, jangan letak air sehinggalah enjin kembali sejuk.
- Jika anda perlu mengisi air dalam keadaan enjin tidak terlalu membuak-buak, tuangkan air perlahan-lahan ke dalam radiator sewaktu enjin beroperasi pada mod Neutral atau Parking.
Selain faktor luaran seperti cuaca, enjin kereta anda boleh berada pada tahap panas yang tidak sesuai sekiranya berlaku masalah pada enjin.