Ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dianggap paling sukar adalah berhenti di bukit, menarik brek tangan dan mematikan enjin sebelum memulakan pemanduan semula.
Lantaran ramai yang gagal ujian berkenaan pada pertama kali, ada antara peserta menganggapnya sebagai “bukit paling seram”. Namun, ada banyak cerita lucu berkaitan gelagat pemandu ketika melalui pengalaman tersebut.
Perkara berkenaan didedahkan seorang pengguna Twitter Asyraf yang berkongsi pengalamannya mengambil ujian memandu kereta dengan seorang lelaki yang dirujuknya sebagai “pakcik”.
Asyraf berkata lelaki berkopiah itu melaungkan azan kerana beliau “cakap kereta yang dia naik tu berat. Macam “ada ‘benda’ yang menumpang” dipercayai merujuk makhluk ghaib.
“ Rupa-rupanya handbrake (brek tangan) dia tak bawa turun,” tulisnya..
JOM DAFTAR LESEN MEMANDU DI AKADEMI MEMANDU NASROM SEKARANG.