126.4kView

Jangan Panik ! Ikuti langkah langkah ini.

 

Rasa macam tak betul dah duk fikir macam mana nak buat sekarang dengan kereta ni.. Oleh sebab itu lah kebanyakkan institut memandu amat menitik beratkan kelas bengkel untuk memeriksa keadaan kereta. Bukan sekadar belajar memandu malah ilmu yang korang dapat iaitu belajar cara nak hadapi andainya kereta mengalami masalah terutama apabila enjin kereta dimasuki air.. mungkin anda bukan mekanik…Tetapi sebelum hantar ke mekanik anda boleh memeriksa terlebih dahulu penyebab kereta anda ”tersedut”

Jadi di Akademi Memandu Nasom juga amat menerapkan ilmu-ilmu sebegini seperti dalam Rutin Sebelum Memandu. Disamping calon belajar mengenal komponen yang ada didalam dan diluar kenderaan, sudah pastinya cikgu akan memberikan tips bagaimana para pelajar harus buat apabila berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka seperti ini. Dengan itu, antara tindakan wajib! korang buat ialah

  1. Periksa paras air pada kereta.

Bagi mengenal pasti adakah air banjir menenggelamkan keseluruhan kenderaan atau memasuki bahagian enjin dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi menilai kerosakan pada kenderaan akibat air banjir dan lumpur yang masuk dalam kereta korang.

  • Jangan sesekali cuba hidupkan enjin

Sangat dilarang! Sekiranya air banjir menenggelamkan keseluruhan kereta atau air banjir dah masuk ruang kabin dan enjin, jangan sesekali cuba hidupkan enjin kereta, kerana berpontensi berlaku litar pintas dan boleh membawa kepada kerosakkan yang lebih teruk.

  • Periksa Enjin / Gearbox

Periksa minyak enjin atau minyak gear. Jika minyak dalam enjin melebihi amaun yang sepatutnya, ini bermaksud enjin korang sudah dimasuki air. Minyak enjin dan minyak gear yang telah bercampur dengan air banjir boleh menjejaskan kereta. Jadi korang perlu keluarkan dan gantikan minyak yang baharu.

  • Keluarkan Petrol (jika perlu)

Disebabkan kedudukan tangki minyak yang rendah berkemungkinan air untuk masuk kedalam tangki tinggi. Jadi, bagi mengelakkan kerosakan lebih serius pada enjin kereta, korang disarankan untuk keluarkan petrol yang bercampur dengan air dan gantikan dengan yang baru.

  • Cabut dan keringkan komponen kenderaan

Cabut pekakas seperti radio, pengalas kaki dan lain-lain yang mana komponen kenderaan yang boleh ditanggalkan. Cuci sofa dan dan bersihkan kenderaan seeloknya bagi mengelak bau hapak. Elak sembur air ke lubang penapis udara atau penutup minyak.

Semoga info ini memberi manfaat kepada korang. Jika ragu-ragu nak buat, ikuti langkah mudah dahulu dan selebihnya bawa ke bengkel untuk tindakan seterusnya.

Di kesempatan ini, jom sama-sama kita doakan kepada mangsa banjir yang terjejas diberikan ketabahan dan dipermudahkan urusan mereka.

3960 Share
GDPR Cookie Consent with Real Cookie Banner